Lambang Dan Cogan Kata Rejimen_Semboyan_Diraja

Lambang Rejimen menngunakan Burung Camar Laut sebagai simbol utusan yang menghubungi seluruh dunia. Bulatan dengan kata-kata "Rejimen Semboyan Diraja" mewakili perkhidmatan dan kecemerlangan dalam memberikan khidmat kepada Tentera Darat Malaysia.

Cogan Kata Rejimen adalah "Pantas Dan Pasti", berpokok kepada cogan kata “Certa Cito”, iatu cogan kata Corps of Royal Signals Tentera British yang telah memainkan peranan besar membantu penubuhan Rejimen Semboyan DiRaja. Mahkota dengan 5 runcing digunakan untuk menghargai Rejimen Askar Melayu Diraja, kerana asal Rejimen Semboyan adalah dengan penubuhan Terup Perhubungan Rejimen Askar Melayu DiRaja.

Bendera Rejimen terdiri daripada garis-garis melintang menggunakan warna-warna Rejimen, iaitu biru muda, biru tua dan hijau, yang mewakili Tentera Darat, Tentera Udara dan Tentera Laut. Tiga warna tersebut dipisahkan oleh warna kuning antara warna biru muda dan biru tua, dan warna merah menjadi pemisah antara warna biru tua dan warna hijau. Dua warna tambahan itu menggambarkan Rejimen Semboyan berasal daripada Rejimen Askar Melayu Diraja. Logo Rejimen Semboyan adalah diletakkan di tengah bendera.